Pengenalan

Selamat Datang ke Kedai Video Gay...

Video Gay membawa erti Gay-Themed Videos bukan Gay-Porn Videos...

So, bermaksud aku menjalankan perniagaan menjual dan membekalkan video-video (movies dan series) yang berTEMAkan Gay kepada sesiapa sahaja yang mahukan perkhidmatan aku..!

Tetapi perniagaan aku ini hanyalah untuk penduduk Malaysia..!

Kenapa? Kerana aku tahu terdapat ramai gay di Malaysia sama ada yang terbuka mahupun tertutup. Tetapi, berada di Malaysia adalah amat sukar untuk mendapatkan cerita-cerita sebegini. Aku tahu kemudahan men'download' ada banyak dan ramai jugak yang tahu bagaimana hendak men'download'..

Tetapi, perkhidmatan aku ini mungkin sesuai untuk mereka-mereka yang inginkan cerita-cerita sebegini tetapi tidak tahu bagaimana hendak memperolehi ataupun rasa malas dan sukar untuk mendownload sendiri..

Ingin aku tegaskan di sini bahawa Kedai Video Gay hanya menjual video-video yang berunsur 'Gay-themed' bukanlah 'Gay-porn'.

Selamat ber'shopping'..!

Bagaimana hendak membeli..?

  1. Pilih video yang anda hendak beli.
  2. Maklumkan kepada aku tentang keinginan anda hendak membeli video itu dengan cara memberi komen pada video tersebut dengan menyertakan alamat email anda.
  3. Aku akan me'reply' email anda dengan mengkehendaki anda meng'confirm'kan pembelian dan melakukan pembayaran dengan cara membeli topup telefon.
  4. Anda akan dikehendaki mengemailkan no topup telefon tersebut ke email aku beserta dengan alamat yang anda ingin gunakan untuk tujuan pengeposan.
  5. Aku akan memaklumkan kepada anda sekiranya pembayaran telah diperolehi, dan selepas itu; urusan penghantaran video akan dilakukan dengan secepat mungkin melalui pos (iaitu pada 1 haribulan setiap bulan).
  6. Urusniaga selesai dan diharap semua akan berpuas hati.
  7. Tempahan juga boleh dilakukan dengan menghantar email ke gtvshop@gmail.com sekiranya ada antara anda yang tidak mahu identiti, nama dan alamat email anda terpapar di ruangan' comment'.

Untuk Makluman

  1. Rating untuk setiap filem di dalam blog ini adalah diberikan atas penilaian diri aku sendiri tanpa merujuk kepada mana-mana sumber.
  2. Jika anda ingin memiliki cerita-cerita 'Gay-themed' tapi tidak berada di dalam list blog ini, anda bolehlah 'request' dan aku akan cuba mendapatkan video yang anda inginkan tersebut.
  3. Mungkin anda tidak yakin dengan urusan jual beli ini kerana anda tidak mengenali aku. Tetapi untuk perniagaan online sebegini, aku berharap anda semua mempunyai sedikit kepercayaan kepada kami yang melakukan perniagaan online ini. Kami tidak mempunyai niat untuk menipu duit anda.
  4. Penghantaran video adalah dalam bentuk CD (compact disk) yang dikirimkan melalui penghantaran biasa Pos Malaysia.
  5. Penghantaran hanya akan dilakukan pada 1 dan 15 haribulan pada setiap bulan. Oleh itu, anda hendaklah meng'confirm'kan pembelian dan melakukan pembayaran selewat-lewatnya pada 10 dan 25 haribulan pada setiap bulan; iaitu 5 hari sebelum tarikh penghantaran.
  6. Sebarang pertanyaan boleh dihantar melalui email yang sama iaitu gtv.shop@gmail.com.

Harga..?

Murah.. Murah..!!
Kerana barang ini susah nak dapat di pasaran bebas Malaysia..
Aku bagi special harga..!!

  • RM 10.00 for Semenanjung Malaysia
  • RM 15.00 for Sabah / Sarawak

Ni semua dah termasuk kos penghantaran...!! So jangan risau..
Hanya perlu tunggu, dan enjoy watching..!!!

Updates

  1. Untuk pengetahuan semua, disebabkan oleh permintaan yang tinggi dan tempahan yang semakin meningkat, kami telah menambahkan kapasiti penghantaran video-video kami dari sekali sebulan kepada dua kali sebulan.
  2. Maka dengan itu, penghantaran akan dilakukan pada setiap 1 dan 15 haribulan setiap bulan.
  3. Tarikh penghantaran seterusnya ialah 15 Mei 2010. Sebarang tempahan dan pembayaran untuk sesi penghantaran berkenaan hendaklah dilakukan sebelum atau pada 10 Mei 2010.
  4. Senarai untuk tv series seperti Dante's Cove, Queer as Folk dan lain-lain tidak akan disiarkan dahulu dalam masa yang terdekat ini.
  5. Selamat bershopping..!

Huhwihaji Anha

Tajuk: Huhwihaji Anha (No Regrets)
Tahun: 2006
Negara: Korea Selatan

Bahasa: Korea
Sarikata: English
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 8/10 Bintang
Rating Sex: 7/10 Bintang

....

Little Boy Big Boy

Tajuk: Little Boy Big Boy
Tahun: 2009
Negara: Filipina

Bahasa: Tagalog
Sarikata: -
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 8/10 Bintang
Rating Sex: 7/10 Bintang

...

Make the Yuletide Gay

Tajuk: Make the Yuletide Gay
Tahun: 2009
Negara: US

Bahasa: English
Sarikata: English
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 4/10 Bintang
Rating Sex: 2/10 Bintang

Seorang mahasiswa kolej berada dalam dilema untuk mendedahkan identiti sebenar dirinya yang merupakan seorang gay kepada ibubapanya ketika dia kembali ke rumah untuk merayakan Hari Krismas. Di kolej, dia dikenali sebagai Olaf Gunnundersen, seorang gay yang popular kerana ketampanannya. Tetapi di rumah, dia adalah 100% berbeza. Dalam masa yang sama, teman lelakinya Nathan telah memberikannya kejutan dengan datang ke rumahnya untuk merayakan Krismas bersama-sama. Nathan yang berlagak manja dan mesra seperti biasa telah mendatangkan rasa ragu-ragu terhadap kedua ibubapa Olaf.

Apakah Olaf akan berterus-terang kepada ibubapanya? Dapatkah pula mereka menerima kenyataan itu atau tersingkirkah Olaf dan Nathan dari rumah itu tanpa sempat menyambut Krismas?

Maurice

Tajuk: Maurice
Tahun: 1987
Negara: UK

Bahasa: English
Sarikata: English
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 7/10 Bintang
Rating Sex: 6/10 Bintang

Kisah ini memaparkan percintaan homoseksual di antara Maurice Hall di awal tahun 1900. Maurice merupakan seorang pelajar pintar di United Kingdom yang bertemu dengan seorang pelajar senior, Clive Durham di kolej yang sama. Perkenalan mereka melahirkan perasaan intim di antara mereka dan akhirnya Clive sendiri telah meluahkan perasaan cintanya kepada Maurice. Maurice yang pada asalnya mengelak, akhirnya akur dengan isi hatinya sendiri dan mula menyayangi Clive sepenuh hati. Disebabkan hubungan homoseksual di zaman itu merupakan satu jenayah di United Kingdom, mereka terpaksa menyembunyikan dan berhati-hati dengan tindak tanduk mereka. Kerana undang-undang yang ketat itu, Clive mula berubah dan menjauhkan diri. Cinta dan sayang Maurice akhirnya lebur apabila Clive mengahwini wanita pilihannya. Hidup Maurice perlahan-lahan menjadi hancur bermula daripada saat itu.

Bagaimanakah Maurice meneruskan hidupnya selepas itu? Mampukah dia meniti sisa-sisa hidupnya tanpa Clive yang dicintainya itu? Adakah akan terubat hatinya di kemudian hari?

Shelter

Tajuk: Shelter
Tahun: 2007
Negara: US

Bahasa: English
Sarikata: English
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 9/10 Bintang
Rating Sex: 7/10 Bintang

Memaparkan sebuah kisah cinta gay yang sangat romantik di antara dua sahabat lama Zach dan Shaun. Zach berasal dari keluarga yang bermasalah terpaksa melupakan segala impian dan bakatnya untuk melanjutkan pelajaran di bidang seni kerana terpaksa menjaga kakak dan anak saudaranya, Cody. Zach telah terbiasa dalam mengorbankan kepentingan dirinya demi untuk menjaga ahli keluarganya. Pertemuan dengan Shaun, sahabat lama yang baru berpindah semula ke bandar itu menjalin ikatan mesra antara mereka sehinggalah keintiman itu bertukar menjadi perasaan cinta. Kemunculan Shaun memberikan impak positif kepada hidup Zach namun Zach berada dalam dilema mencari identiti sebenar di dalam dirinya.

Dihimpit dengan tekanan daripada keluarga sendiri, perasaan cinta terhadap Shaun dan keinginan untuk meneruskan hidup yang lebih baik; apakah keputusan yang akan dibuat oleh Zach? Mampukah Zach menerima kenyataan yang dirinya menyintai kaum sejenis, dan apakah pula yang terjadi dengan keluarga dan impiannya?

Eating Out 3: All You Can Eat

Tajuk: Eating Out 3: All You Can Eat
Tahun: 2009
Negara: US

Bahasa: English
Sarikata: English
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 8/10 Bintang
Rating Sex: 9/10 Bintang

Filem ini adalah kesinambungan daripada Eating Out dan Eating Out 2: Sloppy Seconds. Ceritanya bermula dengan kematian Kyle yang menyebabkan munculnya Casey, sepupu Kyle yang datang ke kawasan itu untuk menemani ibu Kyle yang tinggal berseorangan. Casey yang juga adalah seorang gay menemui Tiffany, salah seorang teman rapat Kyle. Mereka berkenalan dengan jejaka kacak dan seksi bernama Zack di sebuah pertubuhan sukarelawan. Casey mendapati dirinya terpesona dengan ketampanan Zack dan ingin mengenalinya dengan lebih rapat. Zack pula baru sahaja memutuskan hubungan dengan teman lelakinya Lionel yang juga seorang lelaki kacak tetapi berhati busuk. Tiffany mengajar Casey untuk memikat Zack melalui laman sosial internet menggunakan identiti palsu. Mereka menggunakan identiti bekas teman lelaki Tiffany iaitu Ryan yang sememangnya seksi dan mempersonakan. Perkenalan mereka berterusan sehinggalah Ryan yang sebenar muncul di kawasan itu semula.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Berjayakah Casey mendapatkan jejaka tampan yang telah menyebabkannya jatuh cinta, iaitu Zack? Bagaimanakah pula reaksi Zack apabila bertemu dengan Ryan yang kacak dan seksi itu? Terbongkarkah rahsia Casey yang menyamar sebagai Ryan?

Eating Out 2: Sloppy Seconds

Tajuk: Eating Out 2: Sloppy Seconds
Tahun: 2006
Negara: US

Bahasa: English
Sarikata: English
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 7 Bintang
Rating Sex: 8 Bintang

Filem ini merupakan kesinambungan daripada filem terdahulu iaitu Eating Out. Kali ini Kyle telah memutuskan hubungan dengan Marc kerana menuduh Marc mengadakan hubungan seksual dengan lelaki lain. Dalam masa yang sama Kyle, Gwen dan Tiffany terpesona dengan Troy, model bogel yang muncul di dalam kelas Seni mereka. Mereka mula mendekati Troy dengan tujuan masing-masing yang berbeza. Troy yang merupakan bekas gay yang cuba untuk berubah, didekati oleh Kyle yang juga berpura-pura menjadi bekas gay yang ingin berubah. Tiffany pula masih tidak berputus asa menggoda Troy dengan harapan Troy adalah stright. Mengetahui keadaan itu, Marc juga cuba mendekati Troy untuk membuatkan Kyle cemburu dan berjaya membuktikan yang Troy masih lagi gay dengan menggoda dan mengadakan oral-sex dengannya.

Dengan siapakah Troy akan bersama pada akhirnya? Apa akan terjadi terhadap hubungan cinta Kyle dan Marc?

Eating Out

Tajuk: Eating Out
Tahun: 2004
Negara: US

Bahasa: English
Sarikata: English
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 8 Bintang
Rating Sex: 8 Bintang

Filem ini memaparkan kisah Kyle, seorang gay yang masih single tinggal serumah dengan Caleb, jejaka tampan yang stright tetapi sukar untuk mendapatkan teman wanita. Kyle memperkenalkan Caleb dengan sahabatnya, Gwen yang mempunyai seorang adik lelaki gay yang kacak bernama Marc. Caleb cuba mendekati Gwen melalui Marc dengan berpura-pura menjadi gay tetapi Marc pula semakin terpesona dengan ketampanan Caleb. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Kyle sebenarnya menaruh perasaan terhadap Marc tetapi tidak berani untuk meluahkan isi hatinya.

Berjayakah Caleb memikat hati Gwen? Atau Marc akan berjaya mengoda Caleb dengan ketampanannya? Bagaimana pula dengan Kyle yang menaruh perasaan terhadap Marc?

Sikil

Tajuk: Sikil (Unspoken Passion)
Tahun: 2008
Negara: Filipina

Bahasa: Tagalog
Sarikata: -
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Memuaskan

Rating Cerita: 7/10 Bintang
Rating Sex: 7/10 Bintang

Tiga sahabat; dua lelaki dan seorang wanita membesar di sebuah bandar kecil di selatan Manila, Filipina. Mereka memiliki impian yang sama, visi dan keyakinan yang sama tetapi masalah yang berbeza-beza. Di kala usia masing-masing meningkat dewasa, perasaan dan hubungan persahabatan mereka berubah ke suatu tahap keintiman yang memaksa mereka membuat keputusan. Keputusan-keputusan inilah yang akan menjadi penentu kepada masa depan, kejujuran persahabatan malah termasuk perasaan seksual mereka. Daripada tiga orang sahabat baik, mereka berubah menjadi tiga orang individu yang berusaha mencari identiti sebenar dalam diri masing. Persahabatan mereka yang erat dan sempurna ini tergugat hanya kerana cinta tiga segi yang mereka mula sedari wujud dalam diri masing-masing. Lelaki mencintai wanita, wanita mencintai lelaki yang lain, tetapi lelaki yang lain itu mencintai sahabat lelakinya.

Bertahankah ikatan erat persahabatan mereka, ataupun isi hati tersirat mereka bakal membunuh persahabatan yang terjalin sejak zaman kanak-kanak lagi?

Binyag

Tajuk: Binyag (Loss of Innocence)
Tahun: 2009
Negara: Filipina

Bahasa: Tagalog
Sarikata: English
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 6/10 Bintang
Rating Sex: 6/10 Bintang

Filem ini menceritakan tentang seorang jejaka kacak, Leo di kawasan pedalaman Filipina yang mana hidupnya sangat ringkas dan suka menghabiskan masa dengan berenang di laut. Sahabat baiknya seorang wanita, sering menemankan dirinya menghabiskan masa seharian. Disebalik kehidupannya yang ringkas itu, dia sebenarnya melayani nafsu lelaki-lelaki gay di sekitar kawasan tempat tinggalnya. Hidupnya berubah apabila dia ditawarkan perkerjaan sebagai pelakon dan dijanjikan kehidupan sebagai seorang bintang filem. Penghijrahan Leo ke bandar membuka matanya tentang kehidupan baru di Manila di mana dia mula belajar erti sebenar kehidupan. Tawaran sebagai pelakon kini bertukar menjadi kehidupan yang lebih kotor berbanding di kampung halamannya dan kini Leo bergelumang seperti seorang pelacur gay di Manila.

Sampai bilakah Leo akan berterusan seperti itu?

Sagwan

Tajuk: Sagwan
Tahun: 2009
Negara: Filipina

Bahasa: Tagalog
Sarikata: -
Format: VCD/DVD

Rating Cerita: 8/10 Bintang
Rating Sex: 8/10 Bintang

Berlatar belakangkan kawasan pedalaman Filipina yang indah dan aman di mana pengangkutan utama adalah jalan air iaitu sungai, filem ini menceritakan kisah hidup Alfred sebagai pemandu sampan yang dihantui dengan kisah hitam keluarganya menyebabkan dia teragak-agak untuk meneruskan hidup secara bebas seperti orang lain. Alfred berkeras untuk tidak terjebak dengan apa yang rakan-rakannya yang juga pemandu sampan sering lakukan iaitu mencari duit tambahan dengan memperdagangkan tubuh masing-masing. Pengaruh seksual rakan-rakannya dan naluri dalaman yang ingin mencuba menjadi bebanan dalam dirinya. Tambahan pula hubungan cinta dengan teman wanitanya yang bisu menambahkan lagi tekanan yang dihadapi Alfred.

Sampai bilakah Alfred akan dapat bertahan daripada semua tekanan ini?

Boy Culture

Tajuk: Boy Culture
Tahun: 2006
Negara: US

Bahasa: English
Sarikata: English
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 8/10 Bintang
Rating Sex: 7/10 Bintang

Seorang pelacur gay yang kacak, X yang menafikan keperluan cinta dalam hidup di kalangan gay telah belajar erti cinta dan sayang daripada seorang pelanggannya yang tua. X yang kelihatan sangat sempurna sebenarnya menghadapi masalah emosi kerana dia hanya percaya sex hanya akan terjadi kepadanya sekiranya dia dibayar untuk melakukannya. Dia tidak dapat menerima sex sekiranya ia berlandaskan cinta dan kasih sayang. X tinggal bersama dua orang sahabatnya Andrew dan Joey; yang mana kedua-duanya juga adalah gay. Andrew sebenarnya menaruh perasaan sayang kepada X, dan sedikit sebanyak X tahu dan mahu menerimanya. Namun disebabkan oleh prinsipnya yang hanya melakukan sex apabila dibayar, X menghadapi masalah dalam meneruskan perhubungan mereka. Joey pula yang masih belajar di kolej, sering menggoda X agar di juga dapat merasai nikmat sex bersama X, namun X tidak pernah menghiraukannya.

Apakah yang akan terjadi kepada X? Adakah dia akan mengalah dan menerima Andrew dalam hidupnya? Berjayakah pula Joey merasai nikmat sex daripada X?

The Love of Siam

Tajuk: The Love of Siam
Tahun: 2007
Negara: Thailand

Bahasa: Thai
Sarikata: English
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 7/10 Bintang
Rating Sex: 2/10 Bintang

Mew dan Tong adalah sahabat baik sejak kecil lagi. Apabila dewasa, mereka telah terpisah dan Mew merupakan seorang ahli muzik profesional yang terkenal. Pada satu hari, tanpa disengajakan Mew bertemu semula dengan Tong dan mereka mula mengenali diri masing-masing. Kedua mereka memperkenalkan teman wanita masing-masing. Namun begitu, kedua-dua mereka dapat merasakan suatu ikatan perasaan antara mereka yang telah terjalin sejak kecil lagi. Dari itu, hubungan persahabatan mereka mula berubah kepada sesuatu yang lebih mendalam iaitu cinta.

Apakah kedua mereka akan bahagia dengan cinta yang mereka akui? Bagaimana pula dengan teman wanita masing-masing?

Beautiful Thing

Tajuk: Beautiful Thing
Tahun: 1996
Negara: UK

Bahasa: English
Sarikata: English
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 8/10 Bintang
Rating Sex: 6/10 Bintang

Sebuah lagi kisah cinta romantik di antara dua remaja gay yang tinggal berjiran di sebuah kawasan perumahan flat di London. Kedua-dua mereka berasal dari keluarga yang bermasalah menyebabkan ikatan mesra antara mereka terjalin. Mereka menyedari yang mereka mempunyai naluri yang berbeza berbanding lelaki lain dan mereka mula cuba untuk melakukan sex bersama. Merasai kenikmatan gay sex bersama, mereka akhirnya meneruskan hubungan cinta mereka sehinggalah diketahui oleh ibubapa mereka.

Apakah reaksi kedua ibubapa mereka? Terputuskah hubungan cinta songsang mereka dan bagaimana pula penerimaan jiran tetangga mereka di kawasan itu?

Latter Days (2003)