Shelter

Tajuk: Shelter
Tahun: 2007
Negara: US

Bahasa: English
Sarikata: English
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 9/10 Bintang
Rating Sex: 7/10 Bintang

Memaparkan sebuah kisah cinta gay yang sangat romantik di antara dua sahabat lama Zach dan Shaun. Zach berasal dari keluarga yang bermasalah terpaksa melupakan segala impian dan bakatnya untuk melanjutkan pelajaran di bidang seni kerana terpaksa menjaga kakak dan anak saudaranya, Cody. Zach telah terbiasa dalam mengorbankan kepentingan dirinya demi untuk menjaga ahli keluarganya. Pertemuan dengan Shaun, sahabat lama yang baru berpindah semula ke bandar itu menjalin ikatan mesra antara mereka sehinggalah keintiman itu bertukar menjadi perasaan cinta. Kemunculan Shaun memberikan impak positif kepada hidup Zach namun Zach berada dalam dilema mencari identiti sebenar di dalam dirinya.

Dihimpit dengan tekanan daripada keluarga sendiri, perasaan cinta terhadap Shaun dan keinginan untuk meneruskan hidup yang lebih baik; apakah keputusan yang akan dibuat oleh Zach? Mampukah Zach menerima kenyataan yang dirinya menyintai kaum sejenis, dan apakah pula yang terjadi dengan keluarga dan impiannya?

No comments: