Eating Out 3: All You Can Eat

Tajuk: Eating Out 3: All You Can Eat
Tahun: 2009
Negara: US

Bahasa: English
Sarikata: English
Format: VCD/DVD
Kualiti Video: Hebat

Rating Cerita: 8/10 Bintang
Rating Sex: 9/10 Bintang

Filem ini adalah kesinambungan daripada Eating Out dan Eating Out 2: Sloppy Seconds. Ceritanya bermula dengan kematian Kyle yang menyebabkan munculnya Casey, sepupu Kyle yang datang ke kawasan itu untuk menemani ibu Kyle yang tinggal berseorangan. Casey yang juga adalah seorang gay menemui Tiffany, salah seorang teman rapat Kyle. Mereka berkenalan dengan jejaka kacak dan seksi bernama Zack di sebuah pertubuhan sukarelawan. Casey mendapati dirinya terpesona dengan ketampanan Zack dan ingin mengenalinya dengan lebih rapat. Zack pula baru sahaja memutuskan hubungan dengan teman lelakinya Lionel yang juga seorang lelaki kacak tetapi berhati busuk. Tiffany mengajar Casey untuk memikat Zack melalui laman sosial internet menggunakan identiti palsu. Mereka menggunakan identiti bekas teman lelaki Tiffany iaitu Ryan yang sememangnya seksi dan mempersonakan. Perkenalan mereka berterusan sehinggalah Ryan yang sebenar muncul di kawasan itu semula.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Berjayakah Casey mendapatkan jejaka tampan yang telah menyebabkannya jatuh cinta, iaitu Zack? Bagaimanakah pula reaksi Zack apabila bertemu dengan Ryan yang kacak dan seksi itu? Terbongkarkah rahsia Casey yang menyamar sebagai Ryan?

1 comment:

Anonymous said...

afiqrazak@hotmail.com